Our Motto

Tuesday, October 26, 2010

Apa Cerita Permohonan Rumah Mesra Rakyat Kami???

Melalui SPNB kerajaan telah membuka permohonan untuk Rumah Mesra Rakyat.
Dengan syarat pemohon mempunyai sebidang tanah untuk didirikan rumah
Tetapi jika dilihat sekitar daerah Bentong
Boleh kire dgn jari
Beberapa pemohon yang berasal dari kawasan MB Pahang telah datang meluahkan ketidapuashati
Permohonan mereka di gantung tidak bertali
Nak kata GAGAL..Tidak
Nak kata LULUS..rasanya LULUS
pasal org SPNB dah mengambil gambar kawasan tanah mereka
namun sudah hampir setahun lebih...org SPNB tak muncul2

Persoalan...
Apakah status sebenar permohonan mereka?
Kenapa tiba2 menjadi hangat2 tahi ayam?
Adakah budget lari???
Adakah perlu mendapat surat sokongan MB mahupun MP Bentong si Tiau lai?

Saya pernah berbual dgn seorang penduduk kg yang berjaya mendapatkan rumah tersebut.
beliau berkata setelah puas menghubungi pejabat SPNB dari KL tendang ke Bentong...
sampai Bentong tendang ke Kuantan
akhirnya beliau terpaksa merujuk kepada MP Bentong
itupun separuh mati nak dapat jumpa Tiau lai

Apakah ini sebenarnya prosedur harus dihadapi oleh pemohon rumah Mesra Rakyat??
Atau apakah kene tunggu LO sampai ke kontraktor sub sub Ali Baba Atas Angin?
itu belum cerita lagi keluhan pemilik tentang kualiti rumah apabila di cut cut cost untuk tujuan MARKUP oleh si pemegang kontrak dgn tokey2 sub kontraktor

PKR Bentong berpendirian bahawa segala projek yang dijalankan haruslah diselia dgn baik demi kebaikan rakyat.
Semua permohonan yang lulus haruslah terus dijalankan segera untuk mengelakkan pemohon tertunggu2 seperti Janda Tua menunggu pinangan Anak Raja

No comments:

Post a Comment