Our Motto

Monday, October 25, 2010

Suara Keadilan Bentong

Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam Reformasi

Syukur Alhamdulllah
Selawat serta salam kepada Junjungan Nabi kita Muhammad saw beserta kaum keluarga dan sahabat Nya

Pada hari ini 26 Oktober 2010, dengan rasminya Parti Keadilan Rakyat Bentong di bawah bimbingan Ketua Cabang yakni Saudara Mad Nor telah menubuhkan satu laman blog rasmi PKR cabang Bentong dan mewakili secara terus ranting-ranting yang berada di bawah Cabang Bentong

Selaku pencatur dan penggerak tenaga kuasa Rakyat dan Reformasi, PKR Bentong akan sedaya upaya untuk menyalurkan segala info dan maklumat tentang kehendak, keperluan, desakan, rintihan dan segala yang diperlukan oleh Rakyat khususnya warga daerah Bentong dan secara umumnya oleh Rakyat Malaysia.

Kami selaku ahli PKR Bentong berjanji untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga daerah Bentong tidak kira apa bangsa mahupun agama.

Bersama-sama berjuang untuk menegakkan keadilan kepada seluruh Rakyat dengan bekerjasama dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP) selaku rakan di dalam satu paduan, satu perjanjian dan satu pakatan yakni PAKATAN RAKYAT.

Kami sekeras2nya menolak sebarang bentuk politik perkauman, ugut-mengugut ,pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak kerajaan sekarang.

Kepelbagaian kaum,agama dan budaya yang mewarnai kemajmukan warga daerah Bentong menjadi teras kepada sikap hormat-menghormati dan mempercayai di antara satu sama lain

Kami di SKB (Suara Keadilan Bentong) amat mengalu-alukan sebarang bentuk pertanyaan ,cadangan,komen,kehendak dan keperluan, rintihan suara rakyat mahupun apa sahaja berita yang ingin warga Bentong kongsikan.
Sila emailkan kepada kami di pkrbentong@gmail.com ataupun menghubungi kami di facebook menggunakan alamat email pkrbentong@gmail.com atau pun mencari kami dengan nama blog ini Suara Keadilan Bentong.

Insya-Allah segala feedback yang diterima akan diperbincangkan dan dilaksanakan untuk tindakan seterusnya

SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT

No comments:

Post a Comment